Saturday 15 June 2013

ep1- (misunderstanding)

7.30am,
Sabtu.

minggu ni menjadi minggu yang paling bosan oleh penuntut tahun kedua.
Sebuah program yang paling tidak disukai oleh pelajar IPTA di sebuah bandar kecil yang tak seberapa sibuk dengan kehidupan bandar tapi tidak untuk kenderaan. Tidur yang tak sampai setengah jam pagi itu diharapkan mampu menampung ngantuk sehingga petang nanti.

Hari itu dia berbaju kurung cotton berbunga merah kegemarannya. Bersama secalit lipstick bewarna pink rose diatas segaris senyuman bersama tag tergantung dileher menapak ke kampus pengajian yang cuma sekangkang kera daripada kolej kediaman ala apartment sederhana itu.



Dewan fakulti pengajian.

*menguap
"wahh,ngantuknya. Ai,pinjam hp nak main game" Kira menggonyoh mata.

"Nah,hang pi la main mou tuh. Aku nak kalahkan si Yun ni." Ai menghulurkan Lumia miliknya yg belum sampai sebulan keluar kedai.


Riuh rendah dewan mulai kedengaran diselangi dengan suara penceramah menyampaikan syarahan. Ngantuk malam tadi belum hilang. Semuanya gara-gara midnight movie 'Man Of Steel' malam tadi. Ni belum lagi dengan benda-benda lain yang mengusutkan kepala otak Kira dengan seribu satu macam perkara yang masih belum diselesaikan. Tapi yang paling penting sekarang, tak boleh tidur dalam dewan. Kalau kena tangkap,sia-sia je semester depan kena ulang semula, tak ke?

      Menguap-nguap Mou diselangi dengan pemainnya menyentuh skrin sensitif bagi menggerakkan permainan kanak-kanak ribena itu. Lagu berganti lagu, sesi bertukar sesi. Soal jawab dimulakan apabila pelajar kelihatan kebosanan dengan syarahan yang pada mereka bukannya penting sangat pon,. masuk telinga kanan ,keluar telinga kiri.

*tap,tap,tap,tap.....
Laju sahaja jemari kira menyentuh skrin kecil 2 x 4.5 inci itu. Penceramah mula berjalan mencari mangsa 'listsennya'. Ya,.listen.. takkan tak tahu kot?bohonglah korang tak tahu. Korangkan generasi yang 'maju' dan generasi yang memperjuangkan 'hak-hak' korang?kan?..

1jam setengah dihabiskan hanya pada game. Bukannya mendengar ceramah.
Memang seronok sangatlah bila telinga disumbatkan dengan 'ear bud' ,mata tertacap kat makhluk maya tu..dan lepas tu,. orang sebelah bangun. Ya, masa untuk soal jawab. Berterabur simpan semua hp.

Masalah bermula pada masa ini. Bala yang bakal menimpa pada mana-mana yang belum bersedia dengan mental yang cukup untuk melawan arus mentalisasi zaman batu. Ya.zaman batu. Kolot.

*soal jawab bermula

"Saya ingin bertanya,mengapa pada hari ini,pihak kerajaan tidak melaksanakan apa yang sepatutnya mereka laksanakan , contohnya dalam bidang seni mempertahankan diri. Mengapa seni ini tidak dijalankan secara sepenuhnya sedangkan ianya merupakan sejarah tinggalan ... bla.. bla.. bla.. bla.. bla........ " sdf bertanya

*soalan macam ni pun ada ke?bertaut kening Kira dibuatnya.

"baiklah, kita sebagai rakyat kita tak boleh nak salahkan kerajaan sepenuhnya. Sedangkan orang macam kita ni pun tak ada masa,ini lagikan pemimpin. Banyak lagi yang dorang perlu buat bla..bla.. bla.. bla.. dan kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang ada .. bla. bla.. bla.. bla.. ok.kalau kita nak katakan yang seni ni kita tak jalan kan pun salah. ok. Kita kena faham, pemimpin kita ni ada banyak masalalah yang perlu difikir.. bla. bla. bla.. bla  " ghj menjawap. 

*sekali lagi kening Kira bertaut.. This is totally misunderstanding.

2-3 kali budak sebelah cakap soalan yang sama. Apakah yang menjawab soalan ni tak faham soalan atau tak faham bahasa melayu?

 menyumpah-nyumpah Kira dalam hati
(Ingin menjawab secara terlalu berhati-hati,ingin bertanya secara terlalu umum,. kesimpulannya. Orang lain tak faham pun korang cite apa?..boleh tak?..)
Hp berganti tangan.

rakan sebelah pulak lain ceritanya
berdetap2 Ai bercicip di sangkar biru maya miliknya.
"semua orang bashing perempuan ni kenapa?..dah lah tak menjawap soalan,. lepastuh budak ni seolah-olahnya dipersalahkan kerana menyuarakan soalan,salah ke?" bebel Ai

 lagi satu bala datang. Tapi yang lain pulak bertanya.

"ahh..saya nak tanya.. kat tempat saya ni,saya tengok waktu kerajaan ___ dulu, tak maju pun. Line internet pun tak ada. Tapi bila kerajaan ____ yang memerintah negeri saya ni,. tempat saya membangun. Fasiliti semua cukup. Tapi kenapa,yang dulu tu orang kata je tempat saya ni dibangunkan. pada hal ... bla.. bla.. bla.. bla.. bla.. " ujar rty

"terima kasih ya buat saudari yang bertanya, sebenarnya kerajaan mengutamakan apa yang penting dahulu. Terutamanya pada bahagian kawasan yang dibangunkan menjadi ibu negeri mahupun pusat bandar adalah lebih utama kerana kawasan tersebut menjadi tumpuan ramai... bla.. bla.. bla.. bla.. " balas qwe.

*nasib baik jawab betul. Ada lah yang betul tu.. Boleh laa.

Kira memang tak sampai hati. Nak gelak pun ada. Sedih pun ada. Dah lah yang bangun sebelah tadi tu kenal. Hailaaaa.. memang bala. Nama je student,takkanlah tak pernah nak reserch sikit-sikit pasal benda-benda macam ni. Dah la kamu tu daripada kelab yang sepatutnya pengetahuan am ini sepatutnya dekat hujung jari je. Yang menjawab soalan pun sama. Yang ditanya lain, yang dijawab lain,. Mana datangnya?..

Kira mengalah. Cuba menyelesaikan masalah sebelum parah. Sebelum luka bernanah. 

"Awak,sebenarnya macam ni... bukan pihak kerajaan tak laksanakan. Tapi masalahnya sekarang ni zaman moden. Masyarakat sudah pandai membuat pilihan. Terutamanya golongan muda,bukan mereka tak tahu tentang perkara ini,tapi masalahnya mereka tak nak buat. Masyarakat sendiri yang tak nak laksanakan sedangkan ada je program-program memertabatkan seni warisan yang kerajaan laksanakan. bla.. bla.. bla.. bla.. bla... " Kira menerangkan. Separa berbisik .

Khusyuk gadis sdf mendengarnya. Belum sempat cerita habis,.. nama dipanggil mengikut kumpulan,. sesi seterusnya menanti...

"Nanti kita sambung lain kali ya.. "

*sdf cuma menganggukkan kepala. Setuju mungkin. Tergamam juga mungkin dengan jawapan tadi.
Kira meninggalkan gua kelam dengan minda-minda playuground itu. Melepaskan diri daripada cengkaman jiwa yang mencari mangsa.. Menapak mencari makanan. Perut juga harus diisi. Bukan jiwa dan minda sahaja.


[ Kalau tak faham tanya,jangan sampai sesatjalan. Yang faham terangkan,jangan menyesatkan orang lain pula. Yang kurang cerdik,jangan buat-buat pandai. Nampak sangat kebodohannya. Yang pandai pula jangan memperbodohkan orang lain. Anda nampak lebih bodoh daripada mereka. Manusia, rambut sama hitam,tapi hati manusia hanya Tuhan saja yang tahu. Manusia ni mudah lupa,perlu selalu diingati.]

~persefahaman harus ada sesama kita,sesama bangsa~

No comments: